BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 17 June 2013

MAMPUKAH KELANTAN MEMPERTAHANKAN KEJUARAANNYA ??


MENJELANG FINAL PIALA FA 'KELANTAN LWN JOHOR DT'



VS




Piya: Berjuang Hingga Keringat Terakhir


Mohd Badhri Mohd Radzi
NADANYA penuh semangat dan iltizam untuk membenam impian Harimau Selatan.
Itulah ikrar kapten pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi untuk menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 29 Jun ini sebagai medan merencatkan harapan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bergelar juara Piala FA musim ini.
Selaku penyandang juara piala FA itu, Badhri yang dikenali sebagai Piya turut menegaskan bahawa peluang melangkah ke-90 minit babak akhir itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pasukannya bagi memastikan impian Kelantan mempertahankan kejuaraan piala berprestij itu tercapai.
“Pertembungan menentang JDT merupakan aksi yang dinanti-nantikan seluruh peminat bola sepak Malaysia dan saya percaya, aksi final ini lain daripada yang lain berbanding dengan edisi lalu.
“JDT merupakan salah sebuah pasukan cukup kuat. Mereka memiliki ramai bintang seperti Safiq Rahim, Safee Sali, Mat Yo dan Awe serta beberapa lagi pemain lain.
“Saya fikir Mat Yo dan Awe memberikan ancaman cukup besar kepada Kelantan dan kelibat mereka harus diberikan perhatian lebih rapi untuk aksi final itu. Begitu pun, kami akan berusaha mati-matian untuk muncul juara Piala FA sekali lagi,” katanya.
Tambah Piya, bagaimanapun ia bukanlah semudah yang disangka kerana JDT sebuah pasukan yang susah untuk ditewaskan kerana mereka mempunyai barisan pemain berstatus bintang.
Sehubungan itu katanya, mereka harus berwaspada agar Kelantan dapat menjulang sekurang-kurangnya satu trofi musim ini selepas pasukan itu dilihat gagal untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super.
“Setelah kejuaraan Liga Super gagal dipertahankan, kami mahu menjulang Piala FA sebagai pengubat kekecewaan.
“Apa yang pasti, kami juga mahu menghadiahkan kejayaan ini kepada penyokong-penyokong skuad The Red Warriors (TRW) dengan menjulang Piala FA musim ini,” ujarnya.
JDT mara ke akhir Piala FA selepas menumbangkan Pahang menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Sementara itu, Kelantan selaku juara bertahan layak ke pentas akhir selepas menyingkirkan seteru tradisi, Terengganu dengan agregat 6-5.
Kedua-dua pasukan akan berentap di pentas akhir bagi merebut kejuaraan Piala FA musim ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun ini.


Wednesday 8 August 2012

Aidilfitri Menjelma..


Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! 
La ila ha illAllah Allahu akbar! 
Allahu akbar walillahilhamd!

Alhamdulillah. Sebulan menempuh Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Terasa sedih nak meninggalkan Ramadhan. Memanglah kita sentiasa inginkan yang terbaik. Namun sebagai manusia kita pasti terasa ada kekurangan yang ingin diperbaiki. Mudah-mudahan kita berkesempatan lagi bertemu Ramadhan akan datang. Ameeen..

Kini Syawal pula menjelma. Saya ingin mengambil kesempatan memohon setulus kemaafan atas segala salah dan silap. Semoga ukhuwah lebih erat insyaAllah. Kalau di bulan Ramadhan kita boleh menahan diri daripada perkara2 yang tak baik, teruskanlah di bulan Syawal dan bulan2 seterusnya. Moga kita dapat istiqamah. Raikan aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan bersederhana. Eratkan ukhuwah sesama keluarga, saudara-mara, jiran dan rakan2. Semoga meriah dan gembira di lebaran ini. Terimalah e-kad raya purple dari saya. =)



Akhir sekali, TAQABBALALLAHU MINNI WA MINKUM..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! 
MAAF ZAHIR BATIN! ;)


mmt: Ada ucapan untuk saya, tinggalkanlah komen di sini.hehe. Kalau ada kuih raya yang sedap, hulur2 la sikit. Yang sedap je tau! =)